Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Bebola Ubi Keledek Manis, Rangup Di Luar

today24 May 2024

Background
BEBOLA UBI KELEDEK


Bebola ubi keledek manis sesuai dijadikan hidangan minum petang sambil menikmati teh o panas. Sekiranya anda ingin cuba membuat sendiri, boleh ikut resipi penuh seperti dikongsikan di bawah.

Cara ini lebih sedap kerana hasilnya rangup di luar dan lembut di dalam. Makan sebiji pasti tak cukup! Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Resepi Donut Blueberi Tak Perlu Goreng, Lebih Sedap Guna Cara Ini!

BEBOLA UBI KELEDEK MANIS, RANGUP DI LUAR

BEBOLA UBI KELEDEK

Minum petang kita buat bebola keledek. Lembut di dalam, rangup di luar. Saya guna resepi di bawah. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Keledek oren atau ungu
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus keledek sehingga empuk.

2. Kemudia, lenyekkan dan campurkan 1 1/2 cawan keledek ke dalam semua bahan di atas.

3. Sebatikan sehingga menjadi doh dan uli secara perlahan-lahan sahaja.

4. Bulat-bulatkan dan goreng sehingga masak kekuningan.

5. Angkat dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Siti Aznm


Previous post