Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada hari Isnin baru-baru ini, Juara Formula 1 empat kali, Sebastian Vettel telah cuba mendapatkan kembali beg galas yang dicuri menggunakan aplikasi ‘Find My’ dengan menjejak AirPods miliknya.
Menurut laman Apple Insider, selepas Grand Prix Sepanyol, Vettel memandu kereta Aston Martin bersama ahli keluarganya ke sebuah hotel di Barcelona. Ketika dia meninggalkan kereta, ada pencuri menggunakan peluang itu untuk mengambil beg galas dari keretanya sebelum melarikan diri.
Pemandu Formula 1 itu tidak terus menghubungi pihak polis tempatan, sebaliknya beliau membuat keputusan sendiri untuk menjejak barangan yang hilang bersendirian dengan menaiki skuter elektrik dan membuka aplikasi ‘Find My’ untuk mengesan AirPod yang disimpan di dalam beg.
Polis kemudiannya menyertai Vettel ketika dia mengejar pencuri itu di kawasan bandar. Pada masa sama, pihak berkuasa turut menggesa Vettel membuat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
