Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Bek Perancis Konate Dijangka Tinggalkan Liverpool

today29 May 2026

Background
Konate


Pemain pertahanan Perancis Ibrahima Konate akan meninggalkan Liverpool apabila kontraknya tamat bulan depan selepas gagal mencapai persetujuan mengenai perjanjian baharu, menurut beberapa laporan dalam media British pada Jumaat.

Pertahanan tengah berusia 27 tahun itu, yang telah menghabiskan lima tahun di Merseyside sejak menyertai dari Leipzig, bulan lalu membayangkan bahawa beliau “hampir mencapai persetujuan” dengan Liverpool, lapor BBC, The Times, The Guardian dan media lain.

Walaubagaimanapun, laporan-laporan itu menyatakan bahawa kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan mengenai aspek kewangan perjanjian itu.

Konate, yang akan berada dalam skuad Perancis pada Piala Dunia yang bermula bulan depan, akan menjadi nama besar ketiga yang meninggalkan Liverpool pada musim panas ini bersama penyerang Mesir Mohamed Salah dan pemain pertahanan Scotland Andy Robertson yang sudah meninggalkan kelab itu.

Pemain pertahanan tengah Jeremy Jacquet akan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFP Wire


Previous post