Hulu Selangor: Bekalan air di lapan kawasan di wilayah Hulu Selangor yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek sejak kelmarin, pulih sepenuhnya bermula 6 pagi hari ini.
Menurut Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan itu.
“Pengguna disarankan mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan…