
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menggesa semua pengendali perkhidmatan air untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi segera susulan gangguan laluan perdagangan akibat konflik di Timur Tengah yang dikhuatiri menjejaskan kelangsungan bekalan air.
Menurut SPAN, langkah-langkah tersebut termasuklah memastikan stok simpanan bahan kimia serta alat ganti mekanikal dan elektrikal yang mencukupi bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan akan datang, petik New Straits Times.
Baca Juga:
Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa industri perkhidmatan air sangat bergantung kepada dua faktor pasaran antarabangsa yang utama, iaitu bahan api bagi rawatan dan agihan air, serta logistik bagi perolehan peralatan, alat ganti, dan bahan kimia yang digunakan di loji serta sistem perpaipan.
“Berdasarkan pemantauan semasa, para pengendali setakat ini belum merasai impak yang ketara memandangkan kos bahan api masih terkawal susulan pengumuman oleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
