Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Bekalan Minyak Mentah Malaysia Cukup’ – CEO PETRONAS Kongsi Sebabnya

today4 April 2026

Background
'Bekalan Minyak Mentah Malaysia Cukup' – CEO PETRONAS Kongsi Sebabnya


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menyatakan Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi.

Menurut beliau, penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz, berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak Malaysia juga terkesan daripada kenaikan harga minyak.

“Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport bersih (minyak mentah). Perkara itu sudah diumumkan oleh kerajaan.

“Susulan adanya pengeluaran tenaga dan kita pengeksport tenaga bersih, ada keyakinan kita masih ada bekalan berbanding rakan-rakan ASEAN lain yang mungkin bergantung pada import melebihi 90 peratus.

“Tetapi tidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna adalah terlindung sepenuhnya,” katanya ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Iran tidak mungkin buka Selat Hormuz dalam masa terdekat, pendekatan Trump terus berubah-ubah

Washington: Laporan risikan Amerika Syarikat terkini memberi amaran bahawa Iran tidak mungkin membuka semula Selat Hormuz dalam masa terdekat kerana cengkamannya ke atas laluan minyak paling penting dunia itu merupakan satu-satunya ‘talian hayat’ (leverage) sebenar terhadap Amerika Syarikat, menurut tiga sumber yang mengetahui perkara itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 April 2026