Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas Akauntan GISBH Mengaku Tidak Bersalah Pertuduhan Pengubahan Wang Haram RM3.89 Juta

today10 September 2025

Background
Bekas Akauntan GISBH Mengaku Tidak Bersalah Pertuduhan Pengubahan Wang Haram RM3.89 Juta


Seorang bekas akauntan GISB Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM3.89 juta.

Memetik Berita Harian, Hamimah Yakub, 73, membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Baca Juga:

Tertuduh didakwa menerima RM3,618,527.86 hasil aktiviti haram melalui lima transaksi antaranya daripada akaun bank peribadi, akaun bank milik sebuah pasar raya dan sebuah syarikat.

Dia juga turut didakwa memindahkan RM271,863.62 hasil aktiviti haram dengan empat transaksi antaranya ke akaun milik GISB Mart Sdn Bhd, akaun peribadi dan akaun bank milik GISBH.

Semua kesalahan itu dilakukan di cawangan bank di sekitar Selangor dan Kedah antara 5 Januari 2020 hingga 29 Januari 2021.

Memetik laporan itu lagi, pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post