Menurutnya, petugas kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di Palermo, sebaik mendapat panggilan telefon.
“Pasukan petugas tiba tujuh minit kemudian dan mengesahkan kematian Payne yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang penyanyi,” katanya.
Payne mengalami keretakan pada bahagian tengkorak akibat terjatuh dari tingkat tiga hotel berkenaan, pada ketinggian yang dianggar antara 13 hingga 14 meter.
Kumpulan One Direction mula mencipta nama pada 2010 apabila sekumpulan remaja iaitu Liam Payne, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik muncul dalam program realiti British, The X Factor.
Pada 2016, anggota One Direction mengumumkan masing-masing mahu meneruskan karier secara individu, namun, tidak berpecah.
Pada tahun sama, mendiang Payne menerbitkan album solo, mengikut jejak anggota band lain. Terkini, Payne menghadiri konsert Horan di Buenos Aires pada 2 Oktober lalu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: