Site icon Kool FM

Bekas Bintang Barcelona Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Merogol

Dani Alves


Mahkamah Sepanyol menjatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun kepada bekas bintang Barcelona, Dani Alves selepas didapati bersalah merogol seorang wanita muda di sebuah kelab malam pada Disember 2022.

Alves antara pemain  bola sepak paling berjaya dalam sejarah dengan 43 trofi major di dalam kabinet rumahnya. Dan kini legenda itu berdepan dengan pertuduhan serius ke atasnya.

Artikel Berkaitan:

Pemenang tiga kali Liga Juara-Juara itu juga diarahkan menjalani pemantauan selama lima tahun selepas hukuman penjara dan bayaran €150,000 (RM777,636) sebagai pampasan kepada mangsa.

“Mangsa tidak bersetuju dan terdapat bukti di luar keterangan pengadu, bahawa ia adalah kesalahan merogol,” jelas mahkamah Barcelona dalam satu kenyataan.

“Mahkamah menganggap bahawa defendan secara tiba-tiba merangkul pengadu, menolaknya ke lantai dan merogol, selain menghalangnya daripada bergerak, tatkala pengadu menolak perbuatan itu dan mahu melarikan diri.”

Bagaimanapun, peguam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version