
Seorang wanita yang pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditahan polis selepas disyaki menolak seorang warga emas sehingga terjatuh ke dalam longkang di Taman OUG, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu di Jalan Hujan Rahmat Dua.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, mangsa berusia 79 tahun dan merupakan bekas pemain hoki Selangor pada era 1960-an.
Siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu pergi ke sebuah kedai jahit milik rakannya selepas mendakwa dirinya diekori suspek.
Beberapa minit selepas mangsa keluar dari premis tersebut, suspek yang berada di luar kedai dipercayai secara tiba-tiba menolaknya sehingga terjatuh ke dalam longkang.
Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, tangan kiri dan belakang badan sebelum dibawa ke Pusat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: