
Bekas CEO MFL, Kevin Ramalingam melabel Dr. Johan Kamal sebagai hipokrit.
Isu kewangan Liga Malaysia kembali mencuri perhatian, namun kali ini ia hadir dengan ‘pertembungan’ pandangan antara dua tokoh terkenal dalam industri bola sepak tempatan.
Bekas CEO Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam tampil memberikan respon tegas terhadap cadangan CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal yang mencadangkan satu sidang meja bulat bagi membincangkan isu kewangan liga.
Menurut Kevin, cadangan tersebut sebenarnya tidak perlu kerana platform untuk perbincangan sudah lama wujud dalam struktur MFL itu sendiri.
Beliau menegaskan bahawa badan liga tersebut sememangnya menyediakan ruang rasmi seperti mesyuarat lembaga dan kongres untuk semua kelab menyuarakan pandangan serta menyelesaikan isu yang timbul.
Kenyataan itu secara tidak langsung memberi mesej jelas bahawa masalah bukan terletak pada kekurangan platform, sebaliknya pada cara platform tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: