Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas Ketua Gangster Australia Dakwa Vaksin Penyebab Kematian?

today10 September 2021

Background


Bekas ketua gangster paling terkenal di Australia Selatan, Vince Focarelli kini didakwa menggunakan pengaruhnya untuk menyebarkan dakyah bahawa COVID-19 adalah tipu muslihat dan vaksin adalah penyebab kepada kematian yang ramai.

Vince yang kini menetap di Malaysia adalah bekas seorang ketua gangster motosikal, Comanchero. Dia dikatakan telah berjaya mengelak dari beberapa siri pembunuhan. Pernah ditembak empat kali dalam insiden tembak menembak pada tahun 2012, Vince kini memulakan hidup yang baharu di Malaysia.

Melalui pendedahan yang dilakukan oleh Norman Goh, seorang pemerhati politik, penerbit dan juga wartawan. Beliau menyatakan bahawa pada sesi siaran langsung di Facebook pada 6 September, Vince telah menyebarkan maklumat salah apabila menyatakan bahawa COVID-19 itu palsu dan vaksin yang menyebabkan kematian yang ramai.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post

Sukan

Fikhri permata baharu KDA FC

Alor Setar: Pemain muda Kedah Darul Aman FC, (KDA FC) Mohamad Fikhri Zulkiflee kini menjadi perhatian selepas membuat penampilan pertama ketika menentang UiTM FC, Rabu lalu apabila hanya mengambil masa kurang dari seminit untuk menjaringkan gol kebangkitan buat skuadnya.

today10 September 2021