
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga tuduhan menerima rasuah USD20,000 dan RM64,600 bagi pembelian tiket penerbangan ke luar negara untuk isterinya, dua tahun lalu.
Bagaiamanapun, Mohd Razali, 60, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas ketiga-tiga tuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin, petik Berita Harian.
“Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.
Tuduhan pertamanya, Mohd Razali didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang berjumlah AS$20,000 daripada Pengarah Syarikat Intelligence PC Centre Sdn Bhd, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman, 45, di Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini, antara Ogos dan November 2024.
Wang itu sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO Angkatan Tentera…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: