Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

#PenaKool

Bekas Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kongsi Kisah Hampir Lumpuh Dipukul Suami

today8 December 2024

Background

Baru-baru ini tular mengenai kes model dan pelakon, Zahnita Wilson yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga setelah memuat naik gambar menunjukkan matanya yang lebam. Zahnita yang suatu ketika dahulu popular menerusi filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta mendedahkan beliau sudah bertahan selama 20 tahun dalam perkahwinan yang toksik lalu akhirnya memilih untuk bersuara dan memuat naik bukti di media sosial.

Foto : Harian Metro

Suami kepada Zahnita iaitu Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46 bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kuantan pada 5 Disember 2024.

Foto : Harian Metro

Kes keganasan rumah tangga ini bukanlah isu yang baru, sebelum ini pada tahun 2021 Malaysia juga pernah digemparkan dengan kes wanita yang sedang hamil dipukul suaminya sehingga parah dan koma. Kini keadaan Jahidah Nordin@Sylvester berusia 46 tahun tidak berubah dah masih terlantar di atas katil selain anak tunggalnya disahkan Orang Kurang Upaya (OKU).

Foto : Berita Harian

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, berikut merupakan erti keganasan rumah tangga

  • Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
  • Mencederakan secara fizikal
  • Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan seksual
  • Mengurung atau menahan tanpa kerelaan
  • Khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran

Statistik kes keganasan rumah tangga di Malaysia

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada pihak berkuasa dari tahun 2021 hingga 2023 di seluruh negara. Katanya, mangsa membabitkan golongan lelaki dan wanita.

Bekas mangsa keganasan rumah tangga kongsikan pengalamannya di Kool 101

Nina Haji Abdul Mues, seorang cancer survivor dan juga bekas mangsa keganasan rumah tangga hadir ke studio Kool 101 untuk berkongsi pengalamannya di segmen Pagi On Point Bersama PakNil, Haiza & Muaz. Haiza mengajukan soalan kepada Nina, mengapa masih ramai mangsa keganasan rumah tangga yang tidak berani untuk bersuara?

“Salah satunya adalah ketakutan itu sendiri. Takut bila bercakap, satu takut orang tak percaya. Yang kedua, dia akan kena balik semula. Dia juga yang dipersalahkan.”

Katanya, salah satu sebab masih ramai mangsa memilih untuk berdiam adalah disebabkan perasaan takut. Nina berkata, beliau sendiri pernah cuba untuk melaporkan kepada pihak polis ketika menjadi mangsa keganasan rumah tangga namun disuruh pulang untuk berbincang dengan suami.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Mangsa keganasan rumah tangga bertahan dalam perkahwinan toksik disebabkan anak-anak

Nina berkata, prinsip bertahan untuk anak-anak adalah salah kerana anak sendiri akan beri feedback yang tidak bagus. Katanya, anak-anak akan memberontak secara dalaman dan perkembangannya tidak bagus apabila nampak toxic relationship in the family.

“Ada kes dimana seorang anak ini dalam broken family. Mak dia dipukul dan dia juga dipukul. Bila dia membesar, dia pula buat pada orang lain. Dia buat di sekolah. Dia develop buli, bila berkahwin pula dia buat pada isteri dia.”

Nina dipukul suami sehingga mengalami kecederaan belakang, hampir lumpuh dan kemudian didiagnos kanser

Nina berkongsikan kisahnya yang pernah dipukul suami sehingga mengalami kecederaan belakang dan separuh lumpuh. Kejadian itu turut menyebabkan Nina terpaksa menjalani pembedahan sebanyak dua kali susulan tulang belakangnya yang remuk perlu diganti dengan besi. Bukan hanya dicederakan secara fizikal, Nina turut didera secara mental yang menjurus kepadanya mengalami kemurungan yang sangat teruk.

“Bermula dengan lempang, tak sengaja katanya. Bila makin lama makin teruk, sampai memudaratkan diri sendiri sampai you lost everything. Itu dah tak bagus.”

Beliau yang sekian lama menjadi ibu tunggal dan kemudian berkahwin untuk kali kedua tidak menyangka menjadi mangsa kepada keganasan rumah tangga.

“Ketika saya dipukul, saya fikir takkan aku nak cerai lagi? Orang akan fikir mesti salah dia sebab bercerai lagi. Tak apalah mungkin dia akan berubah. Silap saya disitu bila mana saya memikirkan apa yang orang akan cakap, saya tak fikir apa kesudahan diri saya.”

Beliau mengalami kemurungan sangat teruk sehingga perlu dirawat dan memerlukan ubat tidur. Nina dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bergantung pada ubat yang boleh merosakkan buah pinggang, hati dan yang paling teruk boleh menjurus kepada kanser atau strok apabila mengalami kemurungan yang melampau.

One day, saya sakit bahu. Ingatkan berkait dengan tulang belakang saya. Rupanya it’s a breast cancer.”

Hidup seakan menjadi gelap buat Nina setelah dikesan menghidap kanser hanya disebabkan terlalu bergantung pada ubat tidur. Namun Nina bangkit semula, buat rawatan, jumpa kaunselor, mencari circle yang bagus dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Nina kerap ke masjid dan mengaji. Setelah selesai pembedahan, CT scan menunjukkan kanser tersebut turut ada di paru-paru Nina dan dimaklumkan oleh doktor hanya mempunyai 8 bulan untuk hidup. Beliau yang bersyukur kini sudah 3 tahun bebas kanser, diberi peluang untuk berkongsi kepada orang ramai apa itu keganasan rumah tangga dan apa akibatnya hingga boleh menjadi kanser.

Cara Nina bantu mangsa keganasan rumah tangga

Nina berkata, untuk mencegah daripada terus berlakunya kes keganasan rumah tangga, orang di sekeliling juga perlu memainkan peranan penting. Katanya, akan ada ibubapa dan adik beradik yang menganggap kes suami pukul isteri adalah kes biasa.

“Alaaa biasalah, mak dengan abah kau pun bergaduh. Adik beradik pula kata tak nak campurlah hal rumah tangga.”

Faktor utama mangsa ini sendiri tiada kekuatan untuk keluar dari perkahwinan yang toksik disebabkan tiada sokongan moral. Nina berkata, mangsa itu sendiri harus kuat dan berani untuk keluar daripada situasi tersebut dan tidak membiarkan ia berlarutan.

Apa yang dilakukan oleh Nina untuk membantu mangsa ini adalah dengan membawa mangsa mendapatkan rawatan terlebih dahulu iaitu mental health dan disitu boleh nampak jika ada kemurungan. Setelah itu, Nina akan bawa mangsa ke hospital pula untuk mendapatkan medical report dan akhirnya dibawa ke mahkamah bagi menuntut keadilan.

Nina yang merasakan seperti diberi peluang kedua untuk hidup setelah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan juga bebas kanser sempat menitipkan pesan buat mangsa keganasan rumah tangga di luar sana.

“Untuk perempuan diluar sana, ya kita tahu bukan mudah apa yang kita lalui dalam hidup ini. Tapi kita tak boleh biarkan diri kita terus dibayangi benda yang kita rasa boleh merosakkan diri kita.”

Dengarkan perbualan penuh Pagi On Point Bersama Pak Nil, Haiza dan Muaz di KoolCast sekarang.

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post