Difahamkan, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan RM2 juta daripada orang ramai dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam tempoh 22 bulan.
“Cadangan awal jawatankuasa My SESMA melancarkan kutipan derma termasuk menganjurkan malam gala adalah untuk pembinaan surau baharu yang boleh menampung kira-kira 250 jemaah,” katanya.
Beliau menambah pihaknya menerima permohonan daripada pengurusan sekolah untuk pembelian sebuah bas baharu yang kemudian diluluskan My SESMA sebelum tempahan dibuat Februari lalu.
“Walaupun sebahagian daripada dana digunakan untuk membeli bas, projek pembinaan surau baharu tidak terjejas. Surau baharu sekolah dijangka dapat digunakan sepenuhnya Ogos depan.
“Bas baharu dan surau adalah hadiah istimewa daripada My SESMA kepada pihak sekolah sempena sambutan Hari Guru 2025,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
