Pemain yang pernah beraksi bersama salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal menafikan beliau mempunyai kaitan dengan Malaysia.
Pemain yang dimaksudkan ialah Isaac Hayden dimana menerusi laman media sosial miliknya, pemain itu meminta agar peminat tidak melibatkan pemain itu dalam isu mengenai skuad Harimau Malaya.
Baca Juga:

“Malaysia adalah salah satu negara terbaik di dunia, tetapi saya tiada kaitan dengan mereka sekaligus tidak boleh beraksi bersama pasukan itu.
“Jangan libatkan saya dalam perkara ini. Terima kasih banyak,” katanya.
Entah dari mana maklumat yang diperoleh oleh salah satu akaun di media sosial, pemain yang pernah beraksi bersama akademi Arsenal itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan Malaysia sekaligus berpeluang untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Akan tetapi, dengan maklum balas terkini yang diberikan oleh Hayden, harapan untuk melihat pemain itu menyarung jersi Malaysia tidak menjadi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: