Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas Pemain Badminton Negara Dedah Kena ‘Scam’ RM2.5 Juta

today4 June 2024

Background
Badminton


Bekas pemain beregu lelaki badminton nombor satu dunia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa sindiket penipuan (scam) sehingga kerugian hampir RM2.5 juta.

Boon Heong berkongsi pengalaman itu di laman media sosial selepas mengetahui pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing  kehilangan hampir semua wang simpanannya menerusi sindiket penipuan.

Nando's

Baca Juga:

“Melihat rakan badminton saya ditipu mengingatkan saya yang pernah ditipu juga.

“Ingat, memberikan wang hasil titik peluh anda ke tangan orang lain dan mengharapkan untuk mendapatkannya kembali adalah mustahil. Saya cadangkan fokus pada apa yang anda boleh kawal.

“Jika anda tidak boleh kawalnya, jangan terlibat,” tulis Boon Heong menerusi laman facebooknya.

Menurut Boon Heong, beliau ditipu sebanyak dua kali oleh individu yang dikenalinya. Bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 itu mengingatkan kepada semua supaya berhati-hati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post