
Bekas pertahanan England, Ryan Bertrand, mengetuai sebuah konsortium yang mencadangkan pelaburan bernilai £87 juta (sekitar RM500 juta) dalam kelab League One, AFC Wimbledon.
Bertrand, yang pernah beraksi bersama Chelsea, Southampton, Aston Villa dan Nottingham Forest, bekerjasama dengan pakar teknologi Britain, Omar Mir, dalam cadangan pelaburan menerusi syarikat Sloane Street Capital (SSC).
Mir merupakan satu-satunya penyumbang dana bagi cadangan pengambilalihan saham minoriti tersebut.
Menurut cadangan yang dibentangkan kepada ahli Dons Trust pada Rabu, SSC akan melabur £16 juta (sekitar RM92 juta) pada peringkat awal untuk memperoleh 34 peratus saham AFCW PLC, syarikat yang mengendalikan kelab itu.
Baki £71 juta (sekitar RM408 juta) pula akan disalurkan secara berperingkat sepanjang lima musim sehingga kempen 2030-31.
Jika diluluskan, SSC akan menyelia operasi bola sepak kelab dengan Bertrand bertindak sebagai penasihat kanan bola sepak….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: