
Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib (63), telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda sebanyak RM284.3 juta oleh Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah lebih RM45 juta.
Kesalahan tersebut didapati berlaku di antara 4 Oktober hingga 4 November 2016, petik Harian Metro.
Hakim Abu Bakar Manat memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.
Sekiranya beliau gagal membayar denda tersebut, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara tambahan selama 78 bulan.
Dalam kes yang sama, isteri tertuduh dan bekas timbalan pengarah jabatan tersebut telah dilepas dan dibebaskan daripada sebarang pertuduhan.
Wang Untuk Bekalan Air Rakyat Sabah
Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat menyifatkan kes penyelewengan ini sebagai luar biasa (“rare of the rarest”) dan memohon hukuman berat dikenakan.
“Wang diselewengkan ini wang rakyat dan sepatutnya digunakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: