Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas Presiden Barcelona Anggap Marcus Rashford Lagi Bagus Daripada Nico Williams

today4 August 2025

Background
Barcelona


Bekas Presiden Barcelona, Joan Gaspart tanpa berselindung mengeluarkan pendapat bahawa Marcus Rashford adalah pemain yang lebih baik berbanding pemain Athletic Bilbao, Nico Williams.

Ia sebagai respon terhadap kritikan terhadap kelab itu yang dilontarkan abang kepada pemain tersebut iaitu Inaki Williams.

Baca Juga:

Inaki sebelum ini menuduh Barcelona berbohong sepanjang saga perpindahan tersebut sambil mendedahkan bagaimana keseluruhan insiden itu memberi tekanan hebat kepada pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Barcelona
Kredit Foto: FC Barcelona

Antaranya termasuk insiden cermin keretanya dipecahkan dan mural dirinya dirosakkan oleh penyokong Athletic Bilbao yang kecewa.

Barcelona sebelum ini cukup berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berusia 23 tahun itu, namun akhirnya beliau memilih untuk menolak tawaran The Blaugrana untuk terus bersama Bilbao.

Keputusan yang sekali gus membuka ruang untuk Rashford menyertai kelab Catalan itu secara pinjaman…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post