Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas Suami Kim Seri Ditahan Polis

today27 April 2025

Background
Bekas Suami Kim Seri Ditahan Polis


Bekas suami kepada influencer dan usahawan Kim Seri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar mengesahkan penahanan itu hari ini tetapi tidak mengulas lanjut.

Baca Juga:

Kenyataan lanjut berhubung penahanan itu dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Difahamkan berita mengenai penahanan itu mula tular tiga hari lalu, selepas ada seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas kakak iparnya berkongsi perbualan WhatsApp di akaun TikToknya, yang dipercayai dengan Kim Seri.

Wanita itu meminta Kim Seri untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama bekas suami, serta ahli keluarganya.

Dalam pada itu, influencer itu telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki Korea Selatan dikenali Choi Amin baru-baru ini.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Rudiger mohon maaf selepas berang dengan pengadil

Seville: Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger memohon maaf atas kelakuannya ketika tewas 2-3 kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Copa del Rey, awal pagi tadi di mana dia terus dilayangkan kad merah selepas mengamuk dan membaling objek ke arah pengadil.

today27 April 2025