Seramai 36 jurulatih telah berjaya melengkapkan Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional dan Diploma ‘A’ seperti diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
36 jurulatih itu terdiri daripada tiga kumpulan di mana 8 jurulatih merupakan penerima sijil Diploma Profesional edisi 2019 manakala 10 jurulatih lagi merupakan penerima sijil Diploma Profesional edisi 2022-2023 dan baki 18 jurulatih lagi merupakan penerima sijil Kejurulatihan Diploma ‘A’ 2023 bagi edisi Terengganu.
Baca Juga:
Antara penerima sijil Diploma Profesional ialah Zainal Abidin Hassan, Manzoor Azwira, Rusdi Suparman, Victor Andrag, K. Nanthakumar dan Wan Rohaimi.
Lebih menarik, beberapa bekas tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya turut menerima sijil kejurulatihan Diploma ‘A’ iaitu Shukor Adan, Shahrom Kalam, Amiridwan Taj, Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadzli Idrus.
Turut kelihatan ialah bekas penyerang Sarawak, Bobby Gonzales dan bekas pemain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
