Seorang penganggur mengaku bersalah mencederakan bekas tunangya bulan lalu diarahkan membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, pada Selasa.
Didenda RM1,500

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu Syed Zamri Syed Zainuddin, 20, diperintah menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Putri Fasha Felisa Mohd Izhan, 19, yang merupakan anak usahawan kosmetik JL Fara di sebuah rumah di belakang Sekolah Raja Bahar, Taman Ehsan, jam 5.30 petang, pada 21 Februari lalu.
Sebelum kejadian itu, dipercayai berlakunya pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan pergelutan.
Difahamkan, keluarga wanita usahawan kosmetik berkenaan bertindak memutuskan pertunangan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: