SEPANG- Penyedia penerbangan tambang murah, AirAsia berharap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini dapat menawarkan lebih banyak inisiatif bagi mempromosi Malaysia, seterusnya meningkatkan kedatangan pelancong.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd., Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya tidak mengharapkan sebarang insentif untuk sektor penerbangan, sebaliknya berharap bajet lebih besar ditumpukan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Jelasnya, industri pelancongan merupakan penyumbang besar kepada ekonomi dan pemain industri penerbangan boleh bekerjasama dalam menjadikan Malaysia destinasi lebih menarik.
“Matlamat saya adalah untuk bekerjasama lebih dekat dengan Malaysia Airports di mana ia perlu lebih cekap dan kos rendah. Kami memerlukan mereka untuk membantu dalam pengiklanan.
“Saya tidak mencari sebarang insentif khusus dalam Belanjawan 2025, sebaliknya mahu membawa lebih ramai orang dan mengiklankan Malaysia dengan lebih hebat,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: