
Malaysia meneruskan rentak kemenangan dalam acara futsal Sukan SEA 2025 selepas membelasah Myanmar 8-1 pada aksi ketiga yang berlangsung di Stadium Nonthaburi sebentar tadi.
Pesta jaringan itu terus membuka peluang skuad negara untuk memburu pingat yang menyaksikan saingan lelaki diadakan secara ’round robin’.
Sehubungan dengan itu, skuad kendalian Rakphol Sainetngam perlu menamatkan saingan di kedudukan tiga pasukan terbaik untuk merealisasikan sasaran membawa pulang pingat.
Berdepan lawan yang sudah tewas pada dua perlawanan terdahulu ke atas Indonesia dan Thailand tidak membuatkan skuad negara memandang enteng cabaran diberikan Myanmar.
Sebaliknya, barisan pemain negara tampil dengan cukup meyakinkan dalam usaha memburu jaringan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan.
Ia jelas dibuktikan dengan jaringan pembukaan yang terhasil seawal minit ketiga menerusi jaringan sendiri ketua pasukan Myanmar, Myo Myint Soe dalam cubaannya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
