Chelsea menepati ramalan dengan muncul juara UEFA Conference League 2024/25 selepas menundukkan wakil Sepanyol, Real Betis 4-1 pada aksi final yang berlangsung di Wrocław Stadium, Poland sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus memastikan Chelsea menjadi pasukan pertama yang menjuarai tiga trofi utama di Eropah iaitu UEFA Champions League (UCL), UEFA Europa League (UEL) dan UEFA Conference League.
Chelsea bagaimanapun tersentak seawal minit kesembilan selepas percubaan Abde Ezzalzouli hasil satu serangan balas pantas hanya mampu dipandang penjaga gol, Filip Jorgensen untuk jaringan pembukaan oleh Real Betis.
Tiga minit kemudian giliran pemain pertahanan tengah, Marc Bartra pula menguji gawang Chelsea tetapi percubaannya diselamatkan Jorgensen.
Chelsea selepas itu cuba untuk mengatur gerakan dalam usaha mendapatkan jaringan tetapi ia tidak membuahkan hasil untuk kedudukan 1-0 memihak Betis itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Melihatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
