
PETALING JAYA – Melawati Mall melancarkan kempen raya bagi tahun ini bertemakan Lakaran Syawal yang diinspirasikan oleh keindahan ukiran kraftangan dan seni dekorasi.
Kempen yang sedang berlangsung sehingga 6 April ini mempelawa orang ramai datang berkunjung ke pusat beli-belah tersebut untuk menikmati keanggunan seni tradisional Melayu yang ditafsir
semula melalui fesyen, ganjaran perayaan dan persembahan budaya yang mengasyikkan.
Melalui tema tersebut, gerai-gerai di Meranti Court menjadi penghias pusat beli-belah tersebut dengan menampilkan pelbagai jenama terkemuka seperti Tom Abang Saufi, yang terkenal dengan jahitan unik tersendiri serta dedikasi terhadap hasil kraftangan dan berkualiti tinggi.

Jenama lain adalah McVogue, Love Trisha, Anna Satrin, Awesome Snacks, Ababil, Orchid Classic, Al Haraman serta Eastman & Estella yang menawarkan fesyen muslimah, busana tradisional, samping, juadah perayaan dan aksesori sesuai untuk menjadi pelengkap gaya syawal seisi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: