Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Beli rumah dapat hadiah percuma Perodua Bezza

today26 February 2025

Background


CYBERJAYA – Seorang pengarah reka bentuk, Norliyana Nasir, 35, sama sekali tidak menyangka pembelian rumah pertamanya membawa tuah selepas diumumkan sebagai pemenang Kempen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 60 Tahun yang membolehkan beliau membawa pulang sebuah Perodua Bezza.

Norliyana membeli unit Alud­ra Residensi, projek rumah bandar PKNS di Selangor Cyber Valley (SCV) di sini pada Oktober tahun lalu dan menjadi antara pembeli yang telah disenarai pendek untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

“Ini adalah rumah pertama saya dan kereta dimenangi ini akan saya gunakan untuk urusan harian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci kereta Pemenang Kempen PKNS 60 Tahun Giveaway di Galeri Jualan SCV di sini kelmarin.

Kempen PKNS 60 Tahun Giveaway yang berlangsung pada 15 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu diadakan khusus bagi menghargai pembeli rumah PKNS yang memenuhi terma dan syarat ditetapkan.

Sementara itu,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KAMARIAH KHALIDI


Previous post

Luar Negara

Trauma gempa bumi, lelaki pilih terus menetap di gua

Ankara: Akibat trauma, seorang lelaki di Turkiye yang kehilangan rumah akibat gempa bumi kuat pada 2023 sanggup tinggal bersendirian di sebuah gua kecil selama dua tahun kerana menganggapnya lebih selamat daripada mana-mana struktur buatan manusia. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 February 2025