SEPANG – Semua pembeli kediaman LBS Bina Group Berhad (LBS) berpeluang memenangi ubah suai rumah bersama syarikat tilam terkemuka, Goodnite Group (Goodnite) bernilai RM150,000.
Tawaran ini adalah sempena program kesetiaan pelanggan ‘Ubah Suai Rumah LBS bersama Goodnite’ di mana pemilik kediaman LBS secara eksklusifnya bakal berpeluang untuk memenangi ganjaran tersebut.
Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim berkata, program dengan kerjasama Goodnite ini adalah yang pertama seumpamanya dilakukan dan ia adalah sebagai salah satu penghargaan kepada semua pembeli rumah LBS.

Beliau berkata, program kesetiaan tersebut adalah terbuka kepada semua pembeli rumah LBS dan pemenang bertuah berpeluang untuk mengubahsuai dengan pilihan reka bentuk ruang tamu sehingga ke set bilik tidur dianggarkan bernilai RM25,000.
“LBS sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Justeru, kempen ini dilihat sebagai satu inisiatif yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: