SHAH ALAM – Pengunjung Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pilih Karnival Selangor Cyber Valley berpeluang memenangi sebuah kereta Bezza 1.0 G atas pembelian mana-mana koleksi PKNS Homes.
Pengarah Program, Ishak Hashim berkata, ia adalah sempena ulang tahun ke-60 PKNS bagi pembelian koleksi rumah tersebut bermula 15 Oktober hingga 31 Disember ini.
Kata beliau, karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 23 November ini membolehkan pengunjung melihat pameran projek hartanah PKNS iaitu Intana Ria 3, Aludra, Puteri Ariana, Puteri Ariana 2, Puteri Ariana 3 dan Ixora.
“Kesemua projek perumahan itu berkonsepkan kediaman pangsapuri, rumah bandar dan rumah teres
dua tingkat sebagai sebahagian daripada usaha PKNS untuk memperluaskan portfolio rumah
kontemporari di beberapa lokasi.
“Ia bukan sahaja menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini malah pembangunan projek perumahan itu turut memberi tumpuan kepada binaan moden berkonsepkan teknologi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: