Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Belikan ‘Rider’ Makanan Lebih Mahal Daripada Diri Sendiri, Amoi Belanja Sahur Dipuji

today24 February 2026

Background
Rider Tersentuh, Amoi Belanja Sahur


Seorang penghantar makanan kongsikan pengalaman menyentuh hati selepas menerima makanan untuk sahur daripada pelanggan.

Menerusi hantaran Threads @kimi.suhaimi, dia menerima mesej pada aplikasi penghantaran untuk mengambil makanan yang dibelikan untuknya.

“Abang, nasi lemak dengan ayam goreng, Milo panas saiz sederhana, untuk awak sahur. Saya tak boleh turun sekarang, tolong jaga diri awak.

“Burger, jagung, dan milo kecil untuk saya. Tolong letak atas meja dekat sana. Terima kasih abang!

“Selamat sahur nanti. Abang tolong ambil ya. Jangan cakap tidak mahu. Saya memang belikan makanan untuk rider yang hantar makanan kepada saya,” mesej wanita berbangsa cina itu.

Hantaran Threads itu mendapat pujian warganet atas budi pekerti murni wanita itu.

Lebih-lebih lagi apabila dia membelikan makanan yang lebih mahal untuk rider tersebut daripada diri sendiri.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Kastam AS henti kutip duti tarif timbal balik Trump

Washington: Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) memaklumkan ia akan menghentikan pengutipan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) mulai Selasa (24 Februari). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 February 2026