Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bell Ngasri Teruja Dapat Kereta Idaman, Sampai Tak Boleh Tidur Lena Kerana Berdebar

today31 July 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bell Ngasri yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35) teruja apabila berjaya menerima kereta jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors hari ini.

Artikel Berkaitan:

Bell yang berusia 43 tahun menyatakan bahawa gembira kerana ini merupakan kali pertama beliau menerima hadiah mewah dalam hidupnya.

“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya (Perodua) Kancil pun saya seronok. Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!

“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tadi saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua sahaja tapi mengigau pula,” katanya.

Lebih teruja lagi bahawa kereta tersebut merupakan kereta idaman Bell, “Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post