Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran yang dimuat naik oleh ibu mentua, Siti Hafiza Basharahil sempena ucapan hari lahir anak-anaknya.
‘Saya tak perasan hantaran tersebut’

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, mengakui menyedari bahawa ramai yang memperkatakan tentang perkara tersebut, namun dia sendiri tidak mengetahui mengenainya secara jelas.
Saya tak perasan posting itu, tapi nampaklah ada yang bercakap-cakap, saya hanya minta doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Ulang Tahun Ke-44 Solar Time di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dia tidak membenarkan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz, bertemu dengan kedua-dua anak mereka, Ayden Adrean dan Ara Adreana, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu memilih untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut.
Saya tak berkesempatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: