
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini mencuri perhatian apabila memberi gambaran kemeriahan Aidilfitri dengan berkongsi ‘teaser’ lagu raya lebih awal, menjelang ketibaan bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Peminat Samakan Wajah Dengan Heeseung Enhypen, Respon Hael Husaini Bikin Dekah – ‘Mungkin Macam Lesung’
Artikel Berkaitan: Hael Husaini Mohon Maaf, Enggan Jawab Dakwaan Sudah Nikahi Dayang Nurfaizah
Lagu raya
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi dilihat merakam video berdurasi 16 saat itu ketika berada di luar negara yang dikunjunginya.
Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Jampi itu seakan-akan memberi bayangan bakal melancarkan lagu raya tidak lama lagi.
Apa yang lebih menarik, penyanyi Mimi Fly turut serta apabila dilihat sakan menari menerusi lagu tersebut.
Bagaimanapun, lagu yang belum dilancarkan sepenuhnya itu tidak disertakan tajuk, sekali gus membuka ruang kepada pengikutnya untuk memberi cadangan.
Cadangan tajuk








Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: