Site icon Kool FM

‘Belum Sampai Rumah ‘Gearbox’ Rosak’, Pembeli Kereta Terpakai Terpaksa Tanggung Kos RM4,000


Seorang pembeli kereta terpakai sedih dan kecewa kerana menanggung kerugian yang besar.

Selepas dia membeli kereta daripada sebuah kedai kereta terpakai, kereta tersebut telah meragam dan rosak kotak gear.

Menurutnya, dia membeli kereta terpakai itu di Sungai Besi. Belum pun kereta itu sampai ke rumah, ianya sudah rosak.

Harga kotak gear tersebut RM8,000.00. Ianya masih di bawah waranti. Namun waranti hanya menampung kos maksimum RM3,000.00.

“Selebihnya saya terpaksa bayar sendiri. Kalau tak bayar, kereta itu tak boleh keluar,” tegas individu tersebut.

Lebih mengecewakan apabila pihak penjual kereta terpakai itu tidak mahu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas baki bayaran yang tinggi. Mereka hanya mahu membayar RM1,000.00.

Sedangkan kereta itu menurutnya, baru sejam dipakai selepas dia membelinya. Jadi dia terpaksa menanggung baki RM4,000 lagi.

Ketika dia membeli kereta tersebut, penjual memaklumkan kepadanya bahawa kereta tersebut tiada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version