Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebut sahaja jenama dUCk, pasti ramai yang tahu akan kewujudan jenama ini dan boleh dikatakan jenama ini banyak terpalit kontroversi.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila tular video memaparkan pembeli barangan jenama dUCk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti barangan yang dibeli mereka.
@haniefadila
Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pembeli mengatakan beg dibeli mereka rosak walaupun belum setahun dipakai dan hal ini cukup mengecewakan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mengatakan belum pernah sekali memakai barang dibeli tetapi rosak begitu sahaja. Malah, perkara ini turut tular di Twitter di mana pengguna jenama dUCk yang lain turut meluahkan perkara yang sama.
Sama lah, 2-3 bulan pakai dah koyak rabak ahshshshshs 😭🤟🏻
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
