Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ben Ali Dan Nadiyah Shahab Menyalurkan RM40,000 Ke Palestin

today19 May 2021

Background

Pemilik kepada Absolut Chocolat, aktor dan usahawan terkenal Ben Ali dan isterinya Nadiyah Shahab bersikap prihatin dan mengambil berat akan krisis yang menimpa Palestine. Mereka bertindak menyalurkan sejumlah wang hasil keusahawanan mereka dan juga dari porsi peribadi mereka sendiri.

Baca juga:“Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” –  Heliza Helmi Guna Bahasa “F” Untuk Elak Perkongsian Disekat

Pasangan ini telah menyalurkan wang itu kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM40,000 hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Nadiyah yang begitu bersimpati terhadap rakyat Palestine, mengeluarkan dana berjumlah RM12,000 daripada simpanan peribadinya sendiri. Ben turut mendedahkan bahawa isterinya menangis setiap hari apabila terkenangkan nasib saudara mereka di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ali Nadzwan ?? (@bena1i)

Tambah Ben, jumlah wang yang didermakan itu melibatkan sebahagian kecil wang daripada setiap insan yang membeli produknya. “Dari anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan”, itulah kata Ben menerusi kapsyen di postingnya. Mereka melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat turut serta dalam membantu rakyat Palestine yang ditimpa musibah. Semakin besar jumlah wang dan keikhlasan dalam bersedekah, semakin besar manfaat dan ganjarannya.

Wargamaya yang melihat perkongsian melalui akaun Instagram milik Ben Ali turut sama gembira dan mendoakan Ben Ali serta isterinya dimurahkan rezeki sesuai dengan sikap mereka yang menderma. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban umat Islam di Palestine.

Baca juga: Jovian Mandagie Raih Lebih RM200k Hasil Jualan Topeng Muka Derma Ke Palestine

Sumber: Ben Ali

Written by: Danisyah Dalily


Previous post