
Penyanyi dan pelakon, Ben Ladin, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video dirinya dicukur botak oleh isterinya, Anna Shida.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dakwa Ben Ladin Tak Bayar Gaji, Pekerja Mohon Maaf Secara Terbuka – ‘Saya Salah Faham, Dia Tak Bersalah’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat’ – Pekerja Dakwa Ben Ladin Culas Bayar Upah
‘Ben kuat, Ben sihat’
Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan pemilik nama Muhammad Benladen Munshi Shaihan kelihatan tenang saat rambutnya dicukur manakala si isteri tidak dapat menahan sebak.
Di ruangan kapsyen, Ben menyifatkan ujian yang dilalui sebagai ketentuan daripada Allah dan meminta doa daripada orang ramai agar dia diberikan kekuatan.
Alhamdulillah, Allah masih bagi ujian untuk kami.
Ben kuat, Ben sihat.
Penyanyi lagu Hikayat Benladin itu turut menitipkan penghargaan serta memohon maaf kerana merasakan dirinya menjadi beban buat isterinya.
Maafkan saya. Saya banyak susahkan awak. Awak dan Jayden adalah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: