Site icon Kool FM

Ben Ladin Bergelar Bapa, Beri ‘Hint’ Jantina Anak Lelaki

Ben Ladin Selamat Bergelar Bapa Di Usia 24 Tahun


Penyanyi rap, Ben Ladin bergelar bapa di usia 24 tahun selepas isterinya, Anna Syida selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Ladin Umum Isteri Kini Berbadan Dua – ‘Daddy & Mummy Tak Sabar Nak Jumpa Kamu’

Tahniah Ben & isteri

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan menitipkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya sepanjang hamil.

Pelantun lagu ‘Hikayat Ben Ladin’ turut memuat naik foto isterinya yang baring bersebelahan bayi mereka.

Assalammualaikum, pewarisku tercinta , Alhamdulillah isteri saya Anna Syida telah selamat melahirkan bayi kami.

Terima kasih kepada anda yang telah banyak mendoakan.

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi berusia 24 tahun turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya kerana telah melahirkan zuriat mereka.

Terima kasih kepada isteri tercinta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version