Kool FM

Benarkah Hanya Dua Jenama Air Mineral Dijual Di R&R PLUS?


Beberapa hari ini tular satu kenyataan daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap isu monopoli penjualan air mineral di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di seluruh lebuh raya negara.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dan maklumat yang diperoleh mendapati bahawa di kebanyakan R&R di seluruh Malaysia, terdapat hanya dua jenama air mineral tertentu sahaja sekali gus mengehadkan pilihan pengguna.

Tertarik dengan isu berkenaan, kami pergi membuat tinjauan mengejut di salah satu R&R PLUS iaitu di Serdang. Tidak seperti yang didakwa, jenama air mineral lain turut dijual di sana.

Antara jenama air mineral yang ada ialah Cactus, Spritzer, F&N Ice Mountain, AQUA Spring dan SeaMaster.

Benarkah Hanya Dua Jenama Air Mineral Dijual Di R&R PLUS?
Air mineral jenama F&N Ice Mountain
Air mineral jenama Cactus
Air mineral jenama AQUA Spring dan F&N Ice Mountain
Air mineral jenama SeaMaster & F&N Ice Mountain

Jadi, pengguna PLUS sebenarnya mempunyai pilihan jenama air mineral…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version