Seorang wanita didenda RM700 selepas mengaku bersalah Mahkamah Majistret Trafik, di sini, hari ini, atas tuduhan membenarkan anaknya yang berusia 10 tahun memandu kereta, awal bulan lalu.
Memetik Harian Metro, hukuman dijatuhkan Majistret Marlissa Mohd Fahmy.
Baca Juga:
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik kereta jenis Toyota Corolla telah membenarkan kanak-kanak berusia 10 tahun memandu kenderaan berkenaan di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian pada 9 malam, 3 September lalu.
Perbuatan itu suatu kesalahan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Wanita itu yang juga pekerja pembersihan merayu supaya dikenakan denda rendah kerana berpendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta suami yang sakit. Wanita itu tidak diwakili…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: