Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bengkel Ini Tawar Servis Percuma Kereta Malaysia Lebih 15 Tahun

today2 September 2026

Background
Peluang Istimewa Golongan B40: AutoDeutsch KL Tawar Servis Percuma Kereta Malaysia Lebih 15 Tahun


Bengkel penyelenggaraan kenderaan, AutoDeutsch Malaysia, menganjurkan program khidmat masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan servis kereta secara percuma khusus bagi membantu golongan kurang berkemampuan (B40).

Inisiatif yang berpusat di cawangan AutoDeutsch KL, Desa Pandan ini dijalankan sebagai langkah syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat (give back to community) serta memastikan kenderaan pemandu berada dalam keadaan selamat.

Syarat Kelayakan

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada sasaran yang betul, permohonan tertakluk kepada kriteria berikut:

1. Jenama Kenderaan: Kereta buatan Malaysia sahaja.

2. Usia Kenderaan: Melebihi 15 tahun.

3. Kapasiti Enjin: 1.6cc dan ke bawah.

4. Kategori Pemilik: Terbuka khas kepada golongan B40.

Prosedur Permohonan

Orang awam yang memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan permohonan menerusi langkah berikut:

1. Ambil gambar geran kenderaan yang jelas.

2. Hantar gambar geran bersama nombor…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post