Site icon Kool FM

Berakhirnya Penyelidikan Selama 100 Tahun, WHO Lulus Vaksin Malaria Pertama Di Dunia


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan buat kali pertama pengeluaran vaksin bagi melawan penyakit malaria. Peristiwa penting ini bukan sahaja bakal memberi jalan buat sains perubatan, malah bakal menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak di seluruh benua Afrika setiap tahun. Bagi Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ini adalah sebahagian daripada detik bersejarah setelah berabad-abad menunggu untuk mencari jalan bagi melawan penyakit malaria.

Vaksin RTS, S, yang juga dikenali sebagai Mosquirix, akan dilancarkan secara meluas berikutan kejayaan program perintis yang dilakukan di Ghana, Kenya dan Malawi. Vaksin yang direka khusus untuk sistem imun kanak-kanak ini juga bakal menjadi batu petanda yang mengakhiri pencarian selama 100 tahun terhadap wabak yang telah membunuh lebih dari 500,000 orang setiap tahun.


Penyakit yang merebak melalui gigitan nyamuk atau lebih dikenali sebagai malaria telah membunuh sekitar setengah juta orang setahun,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version