Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai pengguna yang memanfaatkan platform media sosial dengan membuat jualan secara live. Usaha yang dilakukan ini membolehkan para pengguna berpeluang mendapatkan barangan yang diinginkan semudah di hujung jari sahaja.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Di sebalik kepelbagaian produk yang ditawarkan daripada sejumlah besar penjual, tular baru-baru ini seorang penjual pakaian bundle atau pakaian terpakai yang menjadi bualan netizen menerusi tindakan yang dilakukan.
Menerusi rakaman yang tular menerusi TikTok @tembaktar, difahamkan penjual yang menjual dengan dialek Kelantan ini dilihat berang apabila pakaian yang ditawarkan secara bidaan menerima bidaan yang rendah daripada jangkaan penjual.

Beliau kemudiannya seolah meluahkan rasa geram beliau kepada para penonton dan pembeli berkenaan serta ‘sekolahkan’ mereka dengan memaklumkan barangan yang dijual mempunyai tanda harga yang jauh lebih tinggi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
