Satu kes yang luar biasa berlaku di Singapura baru-baru ini apabila seorang pemilik iPhone berang kerana telefonnya dicuri, lalu menampal surat terbuka yang disertakan dengan ancaman santau kepada pencuri di sebuah lif.
Surat tersebut, yang dikongsi dalam kumpulan Facebook Complaint Singapore pada 25 November, menunjukkan kemarahan pemilik yang mendakwa telefon bimbitnya berwarna ungu dengan casing berwarna merah jambu telah dicuri oleh seseorang.
Pemilik tersebut juga menegaskan bahawa iPhonenya telah dikunci menggunakan fungsi Lost Mode, jadi agak sukar untuk pencuri mendapatkan akses.
Dalam suratnya, pemilik iPhone memberikan dua pilihan kepada pencuri: pulangkan telefon tersebut atau hantar ke balai polis dalam masa seminggu.
Jika tidak, mereka akan menanggung akibat buruk dalam bentuk santau yang dikenakan melalui sebuah jampi.
“Saya akan beri ganjaran selepas anda memulangkan telefon itu. Jika tidak, anda akan di santau seumur hidup…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: