
Real Madrid telah membuka siasatan disiplin luar biasa terhadap Federico Valverde dan Aurelien Tchouameni susulan pergaduhan ganas semasa sesi latihan.
Kedua-dua pemain itu bakal berdepan tindakan dalaman yang berat, termasuk penggantungan penuh daripada tugas serta pemotongan gaji dalam jumlah yang besar.
Menurut sumber laporan Goal, walaupun terdapat cubaan secara terbuka untuk meredakan isu tersebut, Real Madrid mengesahkan bahawa berlaku pertengkaran fizikal serius antara Aurelien Tchouameni dan Federico Valverde.
Valverde, Tchouameni Buat Hal
Siasatan dalaman kelab kini tertumpu kepada pelanggaran disiplin yang dianggap sangat serius sehingga menyebabkan Valverde memerlukan rawatan hospital akibat kecederaan di kepala, dengan tempoh pemulihan dianggarkan sehingga 14 hari.
Seorang pegawai penyiasat rasmi telah dilantik untuk mengendalikan prosiding tersebut, yang boleh menyebabkan kedua-dua pemain tengah itu digantung daripada semua tugasan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
