
Pelakon Abby Abadi tampil berkongsi kata-kata semangat buat golongan ibu tunggal yang sedang berdepan fasa sukar dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Respon Isu Lelaki Culas Nafkah – ‘Anak-Anak Tetap Perlu Makan, Minum & Tempat Tinggal’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Minta Nafkah Waktu Anak-Anak Masih Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu’ – Abby Abadi
Nasihat Abby Abadi


Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mengakui tidak kuat untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal sambil menguruskan anak-anak.
Singlemom, macam mana korang bangkit ye? Macam mana korang kerja dan handle anak tu semua. Down lah, tak kuat rasa.
Menjawab luahan tersebut, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan menasihatkan wanita itu supaya sentiasa bergantung kepada Allah serta tidak malu mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga sekiranya diperlukan.
Bergantung sepenuhnya pada Allah. Yakin Allah sebaik-baik penolong. Minta bantuan keluarga untuk susun atur balik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: