Pengendali dari Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mahu Persis Solo menandatangani pemain baharu pada jendela perpindahan kedua selepas pasukannya bergelut dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Baru-baru ini, Kim Swee menegaskan dua pemain import dalam pasukan iaitu Karim Rossi dan Gonzalo Andrada berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan corak permainannya dan berharap dapat membawa masuk pemain baharu untuk meningkatkan prestasi pasukan.
Baca Juga:
“Dua pemain ini memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan saya. Saya melihat jika menurunkan pemain tempatan, mereka lebih memahami apa yang saya perlukan.
“Untuk membawa masuk pemain baharu, kita perlu melihat kepada situasi kewangan pasukan. Adakah kami mampu untuk menandatangani pemain baharu atau sebaliknya. Itu terpulang kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.
“Namun saya percaya akan ada beberapa pemain yang kami akan dapatkan untuk menambah kualiti sedia ada,”
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: