Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva enggan melihat prestasi pemain pasukan lain yang ingin mencabar kedudukannya selaku Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 sebagai tekanan sebaliknya mahu fokus kepada aksi sendiri.
Sebelum sepak mula perlawanan menentang Selangor pada Jumaat lalu, pertarungan sengit dapat disaksikan antara Bergson dan Caion yang masing-masing meraih sembilan gol untuk berada di kedudukan teratas penjaring terbanyak Liga Super.
Namun, penyerang dari Brazil itu menyifatkan kedudukan yang terikat itu tidak memberikan tekanan kepadanya apabila dia kekal fokus memberikan yang terbaik sekali gus berjaya meledak dua jaringan untuk bantu skuad menang 5-1 ke atas Selangor selain turut kekal selaku penjaring terbanyak setakat ini.
“Saya rasa sangat bagus, tapi apa yang paling penting adalah mengenai saya dan rakan pasukan saya.
“Mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
