Gara-gara gurauan bodoh di Instagram, seorang lelaki Singapura kini terpaksa membayar denda sebanyak S$3,500.
Beliau didapati bersalah kerana membuat hantaran yang mengancam untuk meletupkan pesawat, menyebabkan penerbangan itu terpaksa membatalkan pelepasan dan berpatah balik ke terminal Lapangan Terbang Changi.
Memetik Harian Metro, Azim Shah Abubakar Shah tertuduh yang berusia 22 tahun, menaiki penerbangan Etihad Airways EY499 menuju ke Abu Dhabi pada malam 14 Februari.

Ketika pesawat sedang bersiap sedia untuk berlepas, sekitar jam 6.55 petang, Azim Shah telah memuat naik hantaran di Instagram. Hantaran tersebut mengandungi kapsyen berbunyi, “Tiada siapa di sini tahu saya akan letupkan pesawat ini.”
Hantaran gurauan ugutan tersebut dikesan oleh pasukan penguat kuasa Meta kira-kira 25 minit kemudian….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: